Thursday, April 20, 2017

RESEPI TOMYAM PEKAT DAN SEDAP

Selalu terjumpa resepi tomyam yang sedap-sedap tapi bila share dekat facebook untuk tempoh masa yang lama terpaksalah scroll pulak sampai bawah. Jadi untuk memudahkan nak cari bila ada mood nak masak makanya share dekat sini saja lah. Senang sikit.  Dipersilakan cuba, kredit untuk page "resepi sedap"

*****

Bahan utama;

Pes tomyam
Lengkuas
Serai
Daun limau purut
Bawang putih
Bawang holand
Seafood (ikut citarasa)
Santan cair
Susu pekat manis (2-3sb)
Sos ikan thai
Cili padi

Bahan sampingan:

Bunga kobis
Cendawan
Tomato
Daun ketumbar
Jus limau nipis

Cara2:-
1) masukkan pes tomyam, lengkuas, serai, daun limau purut, bawang putih, cili padi & bawang holland ke dalam santan cair. Masak sehingga mendidih (kacau sentiasa utk mengelakkan santan pecah).

2) masukkan seafood dan perasakan dgn sos ikan thai dan susu pekat manis. Adjust masin & manis mengikut citarasa masing2.

3) akhir sekali masukkan bunga kobis & cendawan dan biarkan masak seketika menggunakan api besar (pastikan sayur2 tidak over cooked. Boleh tambahkan carrot, celery dan lain2 mengikut citarasa)

4) padamkan api dan masukkan tomato. Masukkan jus limau nipis & daun ketumbar sebelum menghidang.

resepi ini telah diambil dari fb Nora Asikin Mahmed Remali via ‎Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

No comments:

Post a Comment