Sunday, July 16, 2017

luahan rasa

Hari ni hari yang agak teruk bila diberitakan ada orang-orang yang bercakap di belakang. Dan dalam fikiran mungkin dengan menceritakan kisah tersebut kepada orang yang kita percaya dapat melegakan segala tohmahan yang dilemparkan. Seperti biasa, langit tak selalu cerah seperti yang dibayangkan apabila perkara sebaliknya berlaku.

Orang yang kadangkala kita harapkan sebagai penyejukhati bertukar menjadi orang yang menambah bara api malah menyemarakkan lagi bara yang kian beransur padam. Dikatakan kita ini ego, walhal kita cuma mengharapkan kata semangat dan dikatakan juga kita ini yang salah. Kadang pernah terfikir apakah kita ini tak selalu berada di jaluran yang benar, adakah setiap masa dan tika kita ini pesalah?.

Mungkin benar kata orang, sukar mencari orang yang mengerti setiap inci apa yang dirasa. Apa yang mudah telan saja rasa pahit sendiri kerna di sana juga nanti kita akan sendiri. Cuma hati tak kan dapat bohong betapa di siat-siatnya rasa. Dan jujur kata kesat itu yang dilontarkan juga turut menambah pedih seperti luka yang disirami larutan asid. Mungkin semua lama kelamaan akan lupus difikirannya tapi seperti katanya orang wanita itu tak pernah lupa setiap inci lakunya orang pada dirinya baik buruk mahupun yang baik..




16 Julai 2017- 2248PM

Friday, April 21, 2017

Resepi Sate Kajang

Sate kajang resepi warisan turun temurun
Mudah nak buat!

1 ekor ayam
2 cwn gula pasir
3 labu bawang besar
1 labu bawang putih
5 batang serai
1 inci lengkuas
Garam
Serbuk kunyit

Semua bahan dikisar kecuali garam  serbuk kunyit dan gula

Setelah dikisar gaul bahan tadi dengan ayam yang telah dipotong

Masukkan serbuk kunyit secukupna, gula pasir dan juga garam

garam tu ikut rasa kita jgn terlebih masin nanti tak sedap

setelah digaul boleh lah diperap sekejap dan kalau nk cucuk terus pon boleh.

sate kajang  tak perap pon boleh juga  dicucuk dan terus  dibakar.

Okey selamat mencuba !

Kredit resepi kepada siti mariam muhamad via resepi ringkas

Thursday, April 20, 2017

Resepi Macaroni Goreng

Okey kali ni kongsi resepi macaroni goreng. Sangat sedap dan memang tak rugi kalau cuba!  Ambik dekat facebook resepi ni. Rajin-rajin nanti cuba lah masak.

RESEPI TOMYAM PEKAT DAN SEDAP

Selalu terjumpa resepi tomyam yang sedap-sedap tapi bila share dekat facebook untuk tempoh masa yang lama terpaksalah scroll pulak sampai bawah. Jadi untuk memudahkan nak cari bila ada mood nak masak makanya share dekat sini saja lah. Senang sikit.  Dipersilakan cuba, kredit untuk page "resepi sedap"

*****

Bahan utama;

Pes tomyam
Lengkuas
Serai
Daun limau purut
Bawang putih
Bawang holand
Seafood (ikut citarasa)
Santan cair
Susu pekat manis (2-3sb)
Sos ikan thai
Cili padi

Bahan sampingan:

Bunga kobis
Cendawan
Tomato
Daun ketumbar
Jus limau nipis

Cara2:-
1) masukkan pes tomyam, lengkuas, serai, daun limau purut, bawang putih, cili padi & bawang holland ke dalam santan cair. Masak sehingga mendidih (kacau sentiasa utk mengelakkan santan pecah).

2) masukkan seafood dan perasakan dgn sos ikan thai dan susu pekat manis. Adjust masin & manis mengikut citarasa masing2.

3) akhir sekali masukkan bunga kobis & cendawan dan biarkan masak seketika menggunakan api besar (pastikan sayur2 tidak over cooked. Boleh tambahkan carrot, celery dan lain2 mengikut citarasa)

4) padamkan api dan masukkan tomato. Masukkan jus limau nipis & daun ketumbar sebelum menghidang.

resepi ini telah diambil dari fb Nora Asikin Mahmed Remali via ‎Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Resepi Takoyaki versi Malaysia

Ini nak share resepi takoyaki yang dapat dari facebook. Sebab malas nak tulis semua jadi nak letak gambar-gambar ja sebagai instruction untuk buat takoyaki ni. Kredit kepada page "resepi kita, citarasa kita".

Okey selamat mencuba ��